Akhirnya tercapai juga hasrat liza tuk buat blog sendiri. Dah lama liza simpan niat tuk buat blog sendiri tapi masa asyik mencemburui dan tak mengizinkan liza. Banyak benda dan perkara yang liza perlu selesaikan sebelum ini...
Nampaknya dah lebih 2 minggu liza duk umah je selepas selesaikan kursus bahasa inggeris yang liza ikuti sebelum nie tuk mempertingkatkan lagi penguasaan liza dalam bahasa inggeris... sekarang nie tak ada ape nak buat dah, asyik duk umah je dan masih menunggu panggilan tuk sambung study dalam master serta tunggu panggilan kerja.. Rasa bosan duduk d umah bab tak ada ape nak buat selain kemas umah, masak, basuh kain dan kerja-kerja umah lain yang sepatutnya di laksanakan oleh seorang anak gadis...
Lastly, diharap dengan adanya blog liza nie dapat la mengisi masa liza yang sememangnya kosong ini... dan dapat la liza menghasilkan coretan-coretan, luahan dan idea-idea kreatif yang dah hampir 6 tahun liza tinggalkan... Serta diharap rakan-rakan blog yang lain dapat la memberi sebarang komen dan idea dalam perjalanan hidup liza yang seterusnya....
Satu permulaan yang akan membawa impak yang banyak dalam hidup liza......
No comments:
Post a Comment