Sunday, December 4, 2011

Petua...

PetuA... Menghilang Bulu Ketiak Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan tiga butir kapur barus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan sendirinya. Bulu Ketiak - Sapukan kapur sirih di ketiak yang berbulu dan biarkan sehingga kering. Bulu ketiak akan menjadi mudah untuk dicabut walau dengan menggunakan tangan sahaja dan juga melambatkan proses pertumbuhannya. Ketiak Hitam - Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta gosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari, ketiak tidak berbau dan kehitaman akan pudar. Masalah Haid - Amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sirih. Pusingan haid akan teratur. Perut Buncit - Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan keperut setiap hari sehingga perut menjadi kempis. Selsema - Sapukan kapur sirih sebesar ibu jari tangan di atas limau nipis yang telah dibelah dua dan titiskan sedikit minyak kayu putih lalu dipanggangkan seketika. Perahkan adunan tersebut dengan menggunakan penyaring sebelum diminum. Dakwat - Sekiranya baju anda terkena dakwat pen, ambil sedikit kapur sirih, sedikit garam halus serta cuka, lecekkan ke atasnya, beruskan perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih, buat beberapa kali hingga kesan dakwat tersebut hilang, ia menjadikan proses pembersihan lebih mudah. Zahir Batin - Kunyit, kapur sirih, opium sebesar kacang hijau, pati santan kelapa, masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati dan minum tiga pagi. Memperbanyakkan air mani dan menguatkan alat kelamin lelaki. - Tiga buku kunyit, dihiris menjadi lima bahagian. Sebuku kunyit yang tidak dihiris dibubuhkan kapur sirih dan bacakan doa seperti berikut;||dengan tidak bernafas, dimakan selama tiga hari berturut-turut. Selama memakan ubat tersebut jangan bersetubuh dengan lelaki. Menyempitkan alat kelamin wanita dan menjadi lebih nikmat. Bengkak Gusi - Campurkan gambir dan ibu kunyit hidup serta didihkan. Air rebusan yang telah suam boleh buat berkumur. Lakukan tiga kali sehari, bengkak akan pulih dengan segera. Barah Rahim - Gaulkan sebati gambir, getah keladi gatal, air asahan akar pokok melur susun dan akar pokok melur biasa, buih gumpalan pokok pengaga besi dan pengaga biasa dan air asahan kemenyan putih. Lumurkan campuran tersebut ke rahim memalui lubang faraj. Kembung dan Senak Perut - Pinang muda ditumbuk halus dicampurkan dengan hati abu, arang dari puntung kayu dan cucur atap dan bedakkan pada perut. Kurus Badan - Buah pinang dihiris tipis dan jemur hingga kering. Tumbuk lumat menjadi serbuk. Rendamkan semalaman setengah sudu teh kedalam air panas dan minum keesokan harinya dan petang bersama hampasnya. Selama dua minggu badan akan menjadi kurus dan langsing. Minda - Amalan mengunyah secebis pinang juga boleh menguatkan daya fikir dan kosentrasi minda seseorang. Penyakit Kuning - Ambil tujuh biji buah pinang masak yang telah luruh dari pohannya dan kupas kulit. Kacipkan isinya nipis-nipis dan jemurkan hingga kering. Gorangkan kacipan tersebut dengan minyak masak hingga kehitaman dan tumbuk hingga halus seperti serbuk kopi. Ambil satu sudu teh dan campurkan ke dalam air pansa, minum dua kali sehari hingga sembuh. Gigi Lubang - Giling halus bunga cengkih, balutkan dengan kapas dan sumbatkan ke dalam gigi yang lubang atau titiskan minyak bunga cengkih sahaja, kesakitan akan reda. Masalah Haid - Rebuskan sepuluh kuntum bunga cengkih, lima biji limau purut dan sepotong nanas batu. Amalkan minum air rebusan ini, suku gelas sebanyak dua kali sehari. Kedatangan haid akan teratur, hentikan setelah darah haid berhenti. - Rebuskan 3 liter air, tiga biji limau purut, 11 kuntum bunga cengkih dan tawas sebesar jari telunjuk hingga mendidih. Minum airnya setelah dingin ketika tiba masa haid. - Giling lumat sebuku ibu kunyit, ketumbar, buah pala, jintan hitam, bunga cengkih, kiambang dan daun seri gading. Rebuskan ramuan tersebut sampai mendidih. Tapiskan air rebusan tersebut sebelum meminumnya. Amalkan dua atau tiga kali seminggu. Muntah-muntah - Rebuskan segelas air dengan beberapa kuntum bunga cengkih dan minum airnya ketika suam tanpa gula. Sakit Gigi - Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih. 

1 comment: