Wednesday, July 7, 2010

BILA CINTA DAN PERTEMUAN YANG SANGAT BERMAKNA













BILA CINTA


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu


Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku


Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana


Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan


Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan



Lagu ni betul-betul bererti buat liza dan yang tersayang, Zulfazlan Jumrah. Lagu ni merupakan lagu tema filem Legenda Budak Setan iaitu filem pertama yang kami tonton bersama-sama. Ya, dalam pertemuan yang singkat, kami memanfaatkan masa yang cukup mencemburui ini bersama-sama. Walaupun banyak masa dihabiskan dengan menguruskan pendaftaran Master Emma (Puteri Yang Banyak Impian), namun secara peribadi saat-saat itu jugalah merupakan saat yang bermakna buat kami. Ia adalah satu pertemuan yang cukup bermakna.


Setiap hari, perasaan kami semakin utuh dan kuat. Rasa cinta semakin membara dan menyala-nyala. Kami kini hanya berdoa agar hubungan ini direstui dan dipermudahkan hendaknya. Sejujurnya, menanti saat kami disatukan merupakan detik yang cukup mendebarkan dan menguji perasaan. Setiap saat kami resah menanti saat bahagia itu. Mudah-mudahan, segala-galanya akan dipermudahkan oleh Allah SWT.


Gambar-gambar kemesraan kami masih belum dapat diuploadkan di sini. Insyallah akan dimuat turunkan lain kali.Semoga bertemu lagi dalam entri yang akan datang.


Monday, May 10, 2010

Rezki Yang Allah Berikan.....

Alhamdulillah... Syukur atas rezki yang Allah telah berikan... Akhirnya liza dapat juga menjadi seorang pendidik...

Terma kasih kat mak, ayah dan family liza atas doa dan dorongan yang tak henti-henti ... Kepada insan tersayang Zulfazlan Jumrah kerana sentiasa disisi liza... dan teman-teman sekalian yang sentiasa mendoakan kebaikan liza.... Buat Yong, Arin n Fiza thanx for being my best frends....





Sebagai salah seorang pensyarah di Cosmopoint College, liza rasa tanggungjawab yang akan liza pikul sangat berat dan penih dengan cabaran... Tapi insya'Allah liza akan buat yang terbaik dan sedaya upaya umtuk mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berilmu dan berguna serta berkongsi segala pengalaman hidup yang liza telah lalui selama ini...

Doakan liza agar dapat pikul tanggungjawab dan amanah ini dengan ikhlas dan jujur k...

Saturday, April 24, 2010

Bangunkan Sistem....

Petang tadi seorang sahabat liza sewaktu menjalani latihan industri di Jabatan Imigresen Tawau bertandang ke rumah liza. Kak Su (nama sahabat liza tu la) datang dengan penuh harapan dan hajat agar liza dapat membantu dia untuk menyiapkan projek tahun akhir dia...

Kak Su minta liza siapkan sistem yang dia dah siapkan separuh... Dan liza kena siapkan dalam masa hanya seminggu... RISAU.... sangat risau sekiranya liza tak dapat siapkan dalam masa yang sangat singkat ini... Tapi liza akan cuba sebaik mungkin untuk menyiapkan tugasan ini serta dalam masa yang sama liza boleh la mengimbas kembali dan mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang kod pengaturcaraan Visual Basic yang dah lama liza tak praktikan...

Buat Kak Su, liza akan cuba sebaik mungkin dan sehabis daya untuk menyiapkan projek Kak Su ini... Dan sekiranya ada kekurangan dalam sistem ini nanti liza minta maaf sangat-sangat....

dah lama tak buat VB programming language ini....

Bermulanya Sebuah Episode Dalam Hidupku....

Alhamdulillah...
Akhirnya tercapai juga hasrat liza tuk buat blog sendiri. Dah lama liza simpan niat tuk buat blog sendiri tapi masa asyik mencemburui dan tak mengizinkan liza. Banyak benda dan perkara yang liza perlu selesaikan sebelum ini...

Nampaknya dah lebih 2 minggu liza duk umah je selepas selesaikan kursus bahasa inggeris yang liza ikuti sebelum nie tuk mempertingkatkan lagi penguasaan liza dalam bahasa inggeris... sekarang nie tak ada ape nak buat dah, asyik duk umah je dan masih menunggu panggilan tuk sambung study dalam master serta tunggu panggilan kerja.. Rasa bosan duduk d umah bab tak ada ape nak buat selain kemas umah, masak, basuh kain dan kerja-kerja umah lain yang sepatutnya di laksanakan oleh seorang anak gadis...

Lastly, diharap dengan adanya blog liza nie dapat la mengisi masa liza yang sememangnya kosong ini... dan dapat la liza menghasilkan coretan-coretan, luahan dan idea-idea kreatif yang dah hampir 6 tahun liza tinggalkan... Serta diharap rakan-rakan blog yang lain dapat la memberi sebarang komen dan idea dalam perjalanan hidup liza yang seterusnya....

Satu permulaan yang akan membawa impak yang banyak dalam hidup liza......

Friday, April 23, 2010

A.M.I.R.A N.U.R Q.Y.S.T.I.N.A

A : Amanah
M : Mesra
I : Ikhlas
R : Ramah
A : Alim

N : Naif
U : Untung
R : Realistik

Q : Qualiti
Y : Yakin
S : Suci
T :Tulus
I : Idealistik
N : Naif
A : Abadi

Pengertian Sebuah Nama...

Amira Nur Qystina...
"Puteri Cahaya Keadilan"
satu nama yang memberi maksud yang mendalam
pada diri seorang insan yang bernama Dzulizah Bte Santa...

Nama yang menyatukan dua hati
nama yang melambangkan kasih suci...
Yang membawa seribu harapan
untuk sebuah perhubungan
yang kekal abadi...
insya'Allah....