Saturday, April 24, 2010

Bangunkan Sistem....

Petang tadi seorang sahabat liza sewaktu menjalani latihan industri di Jabatan Imigresen Tawau bertandang ke rumah liza. Kak Su (nama sahabat liza tu la) datang dengan penuh harapan dan hajat agar liza dapat membantu dia untuk menyiapkan projek tahun akhir dia...

Kak Su minta liza siapkan sistem yang dia dah siapkan separuh... Dan liza kena siapkan dalam masa hanya seminggu... RISAU.... sangat risau sekiranya liza tak dapat siapkan dalam masa yang sangat singkat ini... Tapi liza akan cuba sebaik mungkin untuk menyiapkan tugasan ini serta dalam masa yang sama liza boleh la mengimbas kembali dan mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang kod pengaturcaraan Visual Basic yang dah lama liza tak praktikan...

Buat Kak Su, liza akan cuba sebaik mungkin dan sehabis daya untuk menyiapkan projek Kak Su ini... Dan sekiranya ada kekurangan dalam sistem ini nanti liza minta maaf sangat-sangat....

dah lama tak buat VB programming language ini....

Bermulanya Sebuah Episode Dalam Hidupku....

Alhamdulillah...
Akhirnya tercapai juga hasrat liza tuk buat blog sendiri. Dah lama liza simpan niat tuk buat blog sendiri tapi masa asyik mencemburui dan tak mengizinkan liza. Banyak benda dan perkara yang liza perlu selesaikan sebelum ini...

Nampaknya dah lebih 2 minggu liza duk umah je selepas selesaikan kursus bahasa inggeris yang liza ikuti sebelum nie tuk mempertingkatkan lagi penguasaan liza dalam bahasa inggeris... sekarang nie tak ada ape nak buat dah, asyik duk umah je dan masih menunggu panggilan tuk sambung study dalam master serta tunggu panggilan kerja.. Rasa bosan duduk d umah bab tak ada ape nak buat selain kemas umah, masak, basuh kain dan kerja-kerja umah lain yang sepatutnya di laksanakan oleh seorang anak gadis...

Lastly, diharap dengan adanya blog liza nie dapat la mengisi masa liza yang sememangnya kosong ini... dan dapat la liza menghasilkan coretan-coretan, luahan dan idea-idea kreatif yang dah hampir 6 tahun liza tinggalkan... Serta diharap rakan-rakan blog yang lain dapat la memberi sebarang komen dan idea dalam perjalanan hidup liza yang seterusnya....

Satu permulaan yang akan membawa impak yang banyak dalam hidup liza......

Friday, April 23, 2010

A.M.I.R.A N.U.R Q.Y.S.T.I.N.A

A : Amanah
M : Mesra
I : Ikhlas
R : Ramah
A : Alim

N : Naif
U : Untung
R : Realistik

Q : Qualiti
Y : Yakin
S : Suci
T :Tulus
I : Idealistik
N : Naif
A : Abadi

Pengertian Sebuah Nama...

Amira Nur Qystina...
"Puteri Cahaya Keadilan"
satu nama yang memberi maksud yang mendalam
pada diri seorang insan yang bernama Dzulizah Bte Santa...

Nama yang menyatukan dua hati
nama yang melambangkan kasih suci...
Yang membawa seribu harapan
untuk sebuah perhubungan
yang kekal abadi...
insya'Allah....