Tuesday, September 20, 2011

Sahabat

ALLAH aturkan antara kita 1 pertemuan...

♥ Dlm 1 pertemuan dgn kehadiran 2 hati = saya & awak,

♥ Dlm 2 hati, Allah berikan 3 rasa = sayang,kasih & cinta...

♥ Dlm 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan = berkenalan, berteman, berkawan & bertemU/bErsama...

♥ Dlm 4 tujuan itu,tersembunyi 5 perkataan = teman baik selalu di sisi,

♥ Dlm 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian = sayang, kekal, setia, mengerti, menghargai & mengingati.

♥ Dlm 6 impian itu tersimpul 7 huruf iaitu "SAHABAT"

Sunday, September 18, 2011

Kata2 Romantis

sayang mungkin dicari

hati mungkin dipenuhi rasa cinta

rindu yang mula mencengkam jiwa

hanya menyebabkan perasaan sesak di dada

bersama gema selawat yang sangat indah pada Rasul

diiringi pula dengan ayat-ayat cinta kalam furqan

maka ku bermujahadah melawan hawa nafsu yang mula menjerat

tatkala suara indah itu terus berkumandang

memenuhi pendengaran dan relung kalbu hati hamba

bersama terus mengingat pada Pencipta

dengan bacaan indah diiringi makhraj huruf dengan cermat

memenuhi setiap hak sifat huruf hijaiyah

tak tergambar rasa yang melanda

tatkala perasaan yang mengiringi alunan itu

membawa pergi lamunanku

mencari Allah Yang Satu.

Aku Cinta Dan Sayang Padamu

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa
mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan
untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua
mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan
telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta... Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu
masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu
masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu
tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat
melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan
walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang
masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun
mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka
yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk
membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang
tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran
akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu
pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta
yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada
hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta
dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang
yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima
kasih atas kurniaan itu. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih
emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan
kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak
mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai
seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati
seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting
sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum
mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri
mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu
bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya
untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai
kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya
tanpa berpatah lagi. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang
dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak
perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya
setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman
percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara
dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya
kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat
membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi
kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi
miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut
oleh para pecinta palsu

Friday, September 16, 2011

KEMULIAAN SEOR4G PEMAAF & PMOHON MAAF...

Seorang sahabat yang telah melakukan kesalahan telah mengatakan kepada sahabatnya,

“Aku memohon maaf kepadamu kerana kata-kata itu.”

Sahabatnya seraya berkata,

“Tidak mengapa ya saudaraku, aku memberi maaf apasahaja kesalahanmu, kerana hakikatnya manusia memang memerlukan kemaafan lantaran ketidaksempurnaannya. Tiada sebab untuk aku menahan kemaafan kepadamu.

Maka, sahabat yang tadi berkata pula,

“Terima kasih ya saudaraku, begitu jugalah aku memaafkan segala kesalahanmu terhadapku.”

Mulia Seorang Pemaaf

Rasulullah s.a.w bersabda :

Wahai Uqbah mahukah engkau aku beritahu akhlak bagi penghuni dunia dan penghuni akhirat yang paling mulia? (mereka) ialah ;

Menyambung silaturrahim dengan orang yang memutuskannya

Memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu

Memafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayaimu

Begitu indah dan tenangnya tatkala memberi kemaafan. Ketenangan itu akan menyusup masuk ke seluruh urat nadi sehingga ke hati orang yang beriman. Meskipun, adakalanya, kemaafan sukar dilepaskan kerana luka dihati masih terkesan. Tetapi ajaibnya, ketenangan akan serta merta hadir sebaik sahaja ucapan ‘‘kamu diberi maaf”. Itulah hidayah Allah SWT.

Tetapi, janganlah melepaskan maaf dengan bersyarat atau memaafkan kesalahan sesorang ibarat menegakkan besi yang bengkok. Bukankah apabila menegakkan besi yang bengkok, kesan bengkokan pada besi tetap ada? Sebaliknya, berilah kemaafan ibarat menukar kain yang kotor kepada kain yang baru.

Can forgive, can’t forget - Istilah paling tepat untuk menghuraikan bidalan menegakkan besi yang bengkok.

Can forgive, let’s forget – Istilah yang paling sesuai untuk bidalan menggantikan kain yang kotor kepada kain yang baru.

‘Maaf’ Bukan Alasan Berlepas Diri.

Islam adalah agama yang mementingkan kesejahteraan dan kedamaian. Untuk mencapai tujuan tersebut, Islam memberi garis panduan kepada umatnya tentang adab dan etika ketika pergaulan, antaranya ialah, menjadi seorang pemaaf. Hal ini diabadikan di dalam Al Quran, sebagaimana firman Allah SWT :

Dalam pada itu ingatlah orang yang bersabar dan memaafkan kesalahan orang terhadapnya, sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

(As Syuraa : 43)

Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan makruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.

(Surah Al A’raf : 199)

Manusia pasti tidak boleh lari daripada kesilapan.

Itu adalah haqiqat.

Sesuai dengan fitrahnya yang tidak sempurna. Namun begitu, ‘maaf’ bukanlah alasan untuk berlepas diri daripada kesilapan. Sebaliknya, ‘maaf’ perlu dibawa bersama gagasan transformasi ke arah yang lebih baik. Tidak mengulangi dan menghindari daripada kesilapan yang sama. Jika ucapan ‘aku minta maaf’ tidak dihayati sebagai batu sempadan bagi setiap kesilapan, maka, ia akan mewujudkan permohonan maaf yang tidak ikhlas sifatnya. Tiada keikhlasan menjadikan permohonan maaf itu bersifat kosong dan bukannya menjadi tarbiah bagi si pelaku salah. Kesannya, kesalahan atau kesilapan yang serupa akan dilakukan juga.

Kita perlu sedari bahawa, permohonan maaf bukanlah senjata tersembunyi untuk menutup kelemahan diri. Sebaliknya ia perlu sebagai penghubung silaturrahim dan menjadi ibrah bagi menghadapi cabaran hidup yang akan kita lalui seterusnya. Ambilah contoh teladan sifat pemaaf Rasulullah s.a.w, bagaimana dengan hanya sifat lembut dan sifat pemaaf, baginda dapat menakluki seluruh pelusuk dunia sehingga Islam berkembang hingga kini.

Yahudi Hadiah Daging Beracun Kepada Baginda.

Dari Imam Abu Daud dari Jabir bin Abdullah, diriwayatkan bahawa seorang perempuan yahudi telah menghadiahkan Rasulullah S.a.w daging kambing yang sudah dimasak. Hadiah tersebut diterima oleh Rasulullah tanpa menyedari daging kambing tersebut telah diracuni. Namun sebaik sahaja baginda mengunyahnya untuk memakan daging tersebut, baginda terus memuntahkannya kerana baginda mengetahui bahawa daging tersebut mengandungi racun. Walaupun perbuatan perempuan yahudi itu membahayakan baginda, tetapi baginda tidaklah menjatuhkan hukuman kepadanya, sebaliknya memberi kemaafan kepadanya.

Hubar bin Al-Aswad Memanah Unta Milik Puteri Rasulullah s.a.w

Hubar bin Al Aswad

Seorang yang amat memusuhi Islam dan banyak menyakiti hati kaum muslimin dan pernah menyakiti puteri Rasulullah S.a.w, Zainab r.a.

Kisah ini terjadi apabila unta yang dinaiki oleh Zainab r.a dalam perjalanan ke Madinah dipanah oleh Hubar sehingga menyebabkan unta itu jatuh lalu mati. Diriwayatkan pada ketika itu, Zainab r.a pada sedang sarat mengandung. Dia terhumban dari atas unta menyebabkan kandungannya gugur. Namun setelah peristiwa pembukaan Mekah, Hubar menemui Rasulullah S.a.w untuk memohon maaf daripada baginda dan baginda memaafkannya. Hubar kemudiannya melafazkan syahadah dan menjadi penganut Islam.

MasyaAllah, betapa agungnya peribadi baginda. Maka, siapa lagi role model yang perlu kita jadikan ikutan? Sudah tentu baginda! Semoga, kita menjadi seorang yang pemaaf.

Seseorang yang mulia ialah, apabila memberi kemaafan kepada saudaranya yang berbuat kesalahan kepadanya.

Seseorang itu lagi mulia, apabila memberi kemaafan dan meredhai (melupakan kesalahan) saudaranya.

Sesorang itu tersangatlah mulia jika memberi kemaafan, meredhai saudaranya dan memperbaiki kekurangan yang ada pada dirinya sendiri.

Wallahu’alam